|
SUMBER: GOOGLE IMEJ |
|
SUMBER: GOOGLE IMEJ |
|
SUMBER: GOOGLE IMEJ |
Sumbangan
kraf kepada Malaysia telah meningkatkan perkembangan industri pelancongan
selain menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaaan kepada rakyat Malaysia.
Kraf adalah industri warisan yang bergantung kepada kecekapan seseorang
individu sehingga hasil kerja diberi nilaian yang tinggi. Namun kemahiran ini
akan lenyap sekiranya tidak ada usaha untuk mengembangkan kepada generasi baru.
Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina
lebih banyak pusat kraftangan dalam negara. Usaha mengeksploitasikan sumber
semula jadi negara untuk dijadikan kraftangan mampu memberikan sentuhan unik
terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar.
Pengarah Usahawan Kraftangan Malaysia, Mokhtar Lop Abdullah berkata,
berdasarkan statistik Kajian Industri Kraf 2007, jualan kraftangan bagi
kategori hutan mencecah RM58.9 juta manakala yang berasaskan bukan hutan
pula RM10.9 juta. Menurut beliau lagi, kini terdapat 50 pengusaha
barangan kraf yang telah membuka kilang sendiri yang menyediakan barangan kraf
dengan peralatan yang canggih dan barangan kraf yang dihasilkan turut diedar di
dalam dan luar negara dan ia agak memberangsangkan dari jumlah pendapatan pada
tahun 2007. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian,
Warisan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif pula
menjelaskan bahawa sememangnya barangan kraftangan memberi banyak sumbangan
dari segi jumlah pelancong yang datang ke dalam negara. Bagi beliau, industri
pelancongan dan industri kraftangan adalah saling berhubungan dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Menurut beliau lagi, barangan kraftangan yang
dieksport ke luar negara seperti di negara barat akan menyebabkan nama Negara
Malaysia akan dikenali dan mendorong para pelancong untuk datang ke negara kita
untuk melihat sendiri produk tersebut dihasilkan. Namun yang demikian,
kraftangan yang berasaskan hutan adalah dilihat sebagai suatu yang berpotensi
tinggi untuk menjana pendapatan pengusaha. Terdapat 6,200 pengusaha industri
kraf di seluruh negara dan 60 peratus adalah pengusaha berasaskan industri
rimba. Pulangan yang lumayan sebagai pengusaha berasaskan rimba ini menyebabkan
ramai pengusaha kraftangan lebih gemar untuk menceburi bidang berasaskan hutan
berbanding dengan batik dan tenunan iaitu dianggarkan 40 peratus pengusaha
barangan kraftangan di Malaysia menjalankanya. Secara keseluruhannya, terdapat
kira-kira RM73 juta disumbangkan oleh industri kraftangan kepada Negara
Malaysia bagi pasaran domestik dalam tempoh sembilan bulan tahun 2010.
No comments:
Post a Comment